Wednesday, November 25, 2009

Lawatan Kerja Pegawai JKN Kedah – Bengkel Pengurusan Aset Alih versi 2.01












Kami warga Permai mengalu-alukan rombongan Lawatan Sambil Belajar JKN Kedah Darul Aman ke Hospital Permai dalam usaha mempelajari Sistem Aplikasi Aset Alih versi 2.01. Seramai 40 Pegawai/Staf seluruh Pegawai Aset Negeri Kedah yang diketuai oleh KPP JKN Kedah mulai 23-24 Nov 2009. Untuk support, Pegawai Aset adalah disarankan untuk mengunjungi blog ini untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut.

Pengauditan Pengurusan Kewangan

Pengauditan Pengurusan Kewangan (termasuk Pengurusan Aset) telah dijalankan olih 5 pegawai Jabatan Auditan negara mulai 2 November 2009 hingga 13 November 2009 yang diketuai oleh Puan Goh Suan See. Penyemakan ke atas Pengurusan Aset Alih Kerajaan dijalankan sebagaimana KEW.PA-1 hingga KEW.PA-30 sepertimana Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007. Semasa pengauditan dijalankan, secara umumnya Sistem Pengurusan Aset versi 2.01 telah diterima dengan baik oleh pihak audit dan melalui sistem tersebut semua laporan dapat dikeluarkan sebagaimana dikehendaki.

Lawatan Kerja Bagi meningkatkan Tatacara Pengurusan Aset Oleh JKN Kedah

JKN Kedah telah berminat untuk mengetahui dan mempelajari Sistem Aplikasi Pengurusan Aset Alih Kerajaan Versi 2.01 yang telah merih tempat kedua didalam Konvensyen Inovasi ke-4 Peringkat Negeri Johor di Segamat. Seramai 40 peserta terdiri dari Pegawai-Pegawai Aset seluruh negeri Kedah akan mengadakan lawatan pada 23 – 24/11/2009.

Aplikasi Pengurusan Aset – Lawatan oleh Hospital Pontian

Seramai 5 Pegawai/Kakitangan terlibat dengan Pengurusan Aset Alih dari Hospital Pontian, Johor telah berkunjung ke Hospital Permai untuk meninjau dan menilai Sistem Aplikasi Pengurusan Aset Alih versi 2.01 yang telah dibangunkan pada 10/11/2009 jam 10.00 pagi. ruj: Bil (6) dlm. HP/08/01/AM/016 (Jld. 2) bth. 4/11/2009.

Download Aplikasi

Bagaimana untuk memperolehi Sistem Aplikasi Pengurusan Aset Alih versi 2.01? Sila email kami:
putera506@yahoo.com
Sistem aplikasi akan di emelkan kepada anda sebaik sahaja kami perolehi emel anda. Sebarang keterangan lanjut, sila gunakan forum yang disediakan, atau (sila pilih Free User)
Download Aplikasi
Setelah anda download (muat turun) Sistem Aplikasi Aset versi 2.01, anda perlu memaklumkan kepada kami melalui emel untuk mendapatkan katalaluan. Katalaluan akan hanya dimaklumkan melalui emel sahaja. Terima kasih kerana kerjasama anda.

Testimonial

Setelah anda download dan mencuba Sistem Aplikasi Aset, sila maklumkan kepada kami – apa pandangan anda mengenai aplikasi. Maklumbalas anda adalah penting buat kami untuk memperbaiki sistem aplikasi ini di masa akan datang

Konvensyen Kualiti (Perubatan) Ke-4 Peringkat Negeri Johor










Konvensyen Inovasi Ke-4 Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 3/11/2009 di Hospital Segamat. Kumpulan Inovasi Hospital Permai melalui Kumpulan URUS telah mengenegahkan Projek Inovasi – Pengurusan Aset Alih telah meraih tempat Naib Johan.
Klip Video – anda boleh klik untuk mengetahui bagaimana sistem aplikasi ini digunakan.


1. Penerimaan 2. Pendaftaran 3. Pergerakan dan Aduan Kerosakan 4. Penyelenggaraan dan Pelupusan